♥Followers♥

Friday, March 23, 2012

Kelmarin ,hari ini dan seterusnya



 

Kita pernah "DISAKITI"

dan mungkin pernah "MENYAKITI"

tapi kerana itu kita BELAJAR

tentang bagaimana cara menghargai, menerima, berkorban dan memperhatikan..



 Kita pernah "DITIPU"

dan mungkin pernah "MENIPU",

tapi dari itu kita belajar tentang KEJUJURAN..



 Andaikan kita tidak pernah melakukan kesalahan dalam hidup ini, mungkin kita tidak pernah belajar MEMINTA MAAF dan MEMBERI MAAF..


 Setiap waktu yang telah kita habiskan dalam hidup ini, tidak akan terulang kembali. Namun ada satu hal yang masih tetap boleh kita lakukan..
iaitu BELAJAR dari masa lalu untuk hari ESOK yang lebih baik.

"Semalam adalah sejarah, hari ini penentu realiti..& esok suatu yang misteri"

 Hidup adalah proses,
Hidup adalah belajar.
Tanpa ada batas umur,
Tanpa ada kata tua

 JATUH, berdiri lagi
KALAH, mencuba lagi
GAGAL, bangkit lagi
Sampai Allah memanggil :
"Waktunya kita KEMBALI.



p/s:bila kita terjatuh untuk bangkit kembali seperti sediakala amat payah ..memerlukan masa yang panjang..

Renung-Renugkan ...:p

Thursday, March 22, 2012

Bila rindu




Angin bawa daku pergi
aku rindukan kenangan sewaktu ketika dahulu
zaman kanak-kanak telah lama berlalu pergi
jika boleh di putarkan waktu kembali ingin aku kembali ke zaman itu
zaman yang penuh gelak tawa ,tiada tangisan kesedihan tidak usah memirkan masalah itu dan ini

zaman persekolahan yang penuh dengan warna warni
penuh dengan gelak tawa rakan sepejuangan
 ingin sekali kembali ke zaman itu
mahu menggapai apa yang telah terlepas

Hari ini
aku kembali ke alam realiti sebagai seorang pejuang
 yang berjuang untuk meneruskan hidup dalam serba kekurangan 
menerima hakikat yang sebenar
 masa itu terus berlalu dan berlalu
aku rindu ..rindu


Saturday, March 17, 2012

Sepi itu indah bagi yang mengerti




"Perlukah dipertahankan satu rasa yang kita pasti tak kesampaian?" 


atau.. 


"Perlukah kita pertahankan sebuah kehilangan yang kita pasti akan kehilangannya jua suatu hari nanti?" 


atau.. 


"Kukuhkah sebuah ikatan yang terbina hanya di atas keruntuhan semalam, dikutip dari serpihan hati yang telah hancur berkecai?" 

Tatkala kita tidak mampu menjawab soalan-soalan seperti ini, ketahuilah sepi itu lebih indah. 


Ketika kita tidak pasti untuk memberikan jawapan kepada soalan-soalan yang lahir dari hati kita sendiri, itu tandanya sudah sampai masa untuk berangkat pergi. 

Kala itu, sepi lebih indah dari sebarang bunyi... 

Jika kita terus berteka-teki sedang teka-teki itu tidak akan kita temui jawapannya, ketahuilah sepi mengatasi segala nikmat.. 

Maka katakanlah kepada diri : 
'Kali ini kita biarkanlah perpisahan ini, satu pengorbanan yang perlu kerana hidup ini hanya akan bererti bila tiba-tiba terasa kehilangan dan diperlukan, antara rela dengan tidak, walau kau lebih dari tahu, tak ada yang lebih berharga selain darimu, jua aku tak mungkin dapat melupakanmu..' 

Itu lebih bererti sebab ada kalanya perpisahan lebih bermakna daripada satu perhubungan yang amat menyusahkan. Tatkala anda berasa amat sakit oleh satu perhubungan, maka adalah lebih baik melangkah pergi. 

Katakan: 
“Aku berhenti berharap dan menunggu datang gelap sampai nanti satu saat tak ada cinta kudapat, kenapa ada derita bila bahagia tercipta, mengapa ada sang hitam bila putih menyenangkan, aku pulang tanpa dendam..Aku terima kekalahanku..” 

..Ada waktunya, sepi menjadi lebih indah kerana di saat itu kita ada ruang untuk mengingati dan merindui.. 

..Ada waktunya, sepi menjadi lebih indah kerana di saat itu kita ada peluang untuk lebih mengerti dan memahami.. 

..Dan sepi itu akan bertambah indah bila kita juga punya ruang untuk menginsafi... 





Friday, March 16, 2012

B.F.F


   

Tuhan berkatilah sahabat yang paling ku sayang ,tuntunlah dia ke jalan yang benar
tapi jangan biarkan air mata jatuh di pipinya ,kerana sebahagian semangatku ada di  dirinya
(last text from my BFF)
Saya kenal dia sejak dari sekolah rendah lagi dan sampai sekarang..namanya Nabila..dia kawan saya yang paling rapat..dia tempat saya meluahkan perasaan ,tempat untuk mengadu itu dan ini ,tempat untuk menangis ..walaupun dia jauh nun di sana tapi di dekat di hati saya ..call mesej kami berhubung .
dia memahami  saya dia selalu nasihatkan saya ketika  dalam kesedihan ..saya akan lebih tenang bila share masalah dengan dia..dia dapat menerima segalanya mengenai diri saya .dia adalah segalanya buat saya .
 Kami memerlukan antara satu sama lain  ..jangan fikir yang bukan2 ok..heheehe ..no..no. .bila dia ada problem dia pun akan cari saya..saya pulak akan nasihatkan dia..dia seorang yang open minded ..
she's everything for me..

p/s: saya sentiasa doakan kebahagiaan awak :-)


Wednesday, March 14, 2012

Mengharap bintang





aku ingin sekali memetik bintang-bintang di langit
walaupun banyak halangan
bintang itu sentiasa bercahaya di kala malam
bintang itu sentiasa menyuluh di kala kegelapan
aku mahu bintang itu
agar ia sentiasa menerangi hidpku di kala berada dalam kegelapan
oh bintang di langit
biarkan aku terus menggapai mu
walaupun sedetik cuma di alam fantasi :)