Memandang sepi di setiap penjuru yang ada
bagai tiada ertinya lagi
di situlah tempat untuk bergaduh..menangis..ketawa
kini..melihat kalendar di dinding umpama melihat musuh
sangat benci !!
api kemarahan membuak-buak
lalu air mata ini mengalir memikirkan sesuatu
entah bila ia akan berakhir
semakin hari semakin bosan dengan semua ini
berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul
tapi apakan daya
langkah ini seolah-olah tidak terdaya lagi
tapi aku harus kuatkan semangat agar dapat melangkah dan terus melangkah
kerna langkah ini memperjuangkan sebuah kisah hidupku yang penuh dengan persoalan
rahsia kisah hidupku hanya tersembunyi disebalik senyuman dan lirikan mata
hanya ALLAH sahaja yang tahu,
apa yang di rasai,di lalui dan yang di pendami..
wahai hati bersabarlah di kau .-.
No comments:
Post a Comment